Bistro Bonda, Putrajaya

I’m veri the bengang dengan sebuah restoran yang kengkonon namanya gah di Putrajaya nih!. Kalau setakat restoran kecik, pekerja pon pakai pekerja INDON dan BANGLA (ada kot sorang dua tukang bawak air) tak payah la nak berlagak dan perasan maju. Mentang-mentang kedai ko satu jer yang orang senang nampak kat area situ, ko nak demand lebey-lebey plak yer????

Apa yang aku emo sangat ni? aku rasa kalau sesiapa pon yang terkena dengan situasi yang aku dan opismate aku kena hari tu, pasti korang pon akan bengang! Begini kisahnya:

Menu:

Aku- Laksa penang (yang tak sedap langsung, tawar dan cair…tapi ada hati jugak nak jual kat customer), air minuman hanyalah Teh Ais.

Member 1 – Makan nasik puteh, lauk sotong sekor, dengan sayur seciput …minuman yang dipesan hanya air suam.

Member 2 – Makan nasik puteh, lauk sayur dan seekor ikan kembung..oh ya lupa pulak bersama sehelai rambut ‘pontianak’ yang jelas kelihatan dengan mata kasar. Minuman yang dipesan adalah Air kosong.

Nak dijadikan cerita, member aku yang berlaukkan ikan dan rambut ‘pontianak’ tuh pon panggil la owner kedai (yang mula-mula berlagak macam owner lepas tu bile ditanya balik terus tak mengaku!!! Macam sial perempuan perarasan bagus tuh yang jadi cashier kat kedai tuh).

Member aku tu cakap elok-elok kat Pompuan tu kata ada rambut dalam nasik. Lepas tu korang nak tau apa dia balas???

“Eh kak pekerje kami semua pakai tudung, takder yang free hair. Tu rambut terbang dari mana ntah, bukan salah kami tuh!”

DENGAN LANTANGNYA DIA BERSUARA sampai hampir satu kedai boleh dengar!!! Tak ke hangin member aku tuh??? Aku yang dengar nih pon hangen! Ok kami pon malas la nak bergaduh kat situ, sementelaah tu, air yang kami pesan pon tak sampai-sampai padahal bukan susah sangat nak buat AIR KOSONG!!! Meh aku ajar:

Air dimasak..kalau tak nak masak pon just tuang je air paip @ air mineral dalam gelas pastu bubuh ais!!!!.

Sampai lah kami habis makan, (member aku yang berlaukkan rambut pontianak tu tak makan pon. Last-last kami blah ke kaunter. Member aku sound balik kat pompuan tadi. Tanya kat dia samada dia owner ke tak kat situ? Dengan tergagap-gagap dia menjawab tak. Pastu member aku tu pon sound balik, lain kali kalau taknak kasi tukar lauk pon at least mintak maaf la, bukan susah pon! Dengan kuat sampai semua orang kat kaunter dan 2 m radius dari kaunter tu boleh dengar. Hahaha puas hati. Pompuan tu pon macam gelabah dan blur saja.

KOMPOM kami akan PANGKAH kedai tu!

Cuba fikir, kalau korang tetiba jumpa LALAT atau LIPAS dalam lauk korang, pastu korang panggil tuan kedai adakah dia akan cakap:

Eh kak kami tak bela lipas atau lalat tuh.. ntah dari mana ntah????

Boleh diterima ke alasan macam tuh???? sah sah la kedai ko tu yang kotor!!! Bangang!!!!
Untuk rujukan korang ni lokasi kedai tu:

NAMA KEDAI : BISTRO BONDA
LOKASI : PRESINT 14 PUTRAJAYA. (Kat area-area Persiaran Diplomatik dan Mydin Putrajaya)

Kalau korang lalu depan kedai tu, jangan lupa tengok kat cashier dia, ha ponpuan tu la yang feeling2 owner dia yang bangang tuh!!! SILA BOIKOT OK or else you will regret it!!! Lauk dia tak sedap pon!!!!Baik pegi makan kat tempat lain, banyak lagi restoran kat area tuh, cari je..bukan kedai dia satu jer.

OK PEACE!! (tetiber rasa nak nyanyi lagu Bengang – AKIM)

Iftar @ Belanga, MidValley

Minggu lepas, selepas urusan mengedarkan kuih-kuih raya kepada pelanggan (wah macam best je bunyinya kan?), aku dan beberapa orang kenalan mengambil keputusan untuk berbuka puasa di MidValley sahaja memandangkan masa agak suntuk dan dah tak tau nak makan kat mana. huhuu kes kelam kabut punya pasal. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berbuka puasa di Restoran Belanga. Pada siapa-siapa yang tak tahu, Restoran Belanga ni terletak di lowergroud Midvalley menghala ke The Garden. Kalau perasan, ada satu terowong laluan bawah tanah ke The Garden melalui Midvalley, ha kedai tu ada di tengah-tengahnya.

Banyak juga menu yang menarik kat restoran tu, tapi aku memilih untuk makan Nasi Lemak Ayam Berempah sahaja. Ya Ampun!!! memang best la!. Ada juga yang makan Nasi Ayam Herba dan Nasi Dagang ikan Tongkol. Hmmm memang menyelerakan la. Air minuman pulak, macam-macam! Aku nak try Apple + Guava Juice dan yang lain pulak cuba Soy Juice + Cincau, Sirap Selasih dan Jus Mangga. Hish terliur pulak aku time tulis entry nih…wakakaka.

Setelah selesai urusan di Midvalley, kami meneruskan usaha mengedar kuih raya ke Bangi, dan Puchong sebelum melepak sahur di kedai Mamak kat PJ. huhuhuh complicated jugak kan perjalanan aku malam tuh? tapi apa nak buat, demi mencari sesuap nasi dan meneruskan bisnes keluarga. Apa pun, yang bestnya, Malaysia memang kaya dengan macam-macam makanan! (huh tetiber pulak).

12345

E62E5C9B901D8A50B59CBF6EB159A845

Ramadhan Datang Lagi!

Salam Alaik..

It’s been a while aku tak memetik keyboard bagi memuatkan entry terbaru di dalam foodtrekker ini. Sedar tak sedar umat Islam sudah masuk hari ke 13 berpuasa di bulan Ramadhan. Yup Fasting Month! Bulan untuk beribadah dan ada juga sesetengah orang menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai sumber mendapatkan wang tambahan sebelum menyambut Aidil Fitri.

Yang pastinya, sana-sini tumbuh Bazaar Ramadhan, tidak kira la besar atau kecil kawasannya. Dan sudah tentu bazaar-bazaar Ramadhan ini sentiasa akan dipenuhi oleh manusia, tidak kira bangsa dan agama (semangat  Satu Malaysia) yang berpusu-pusu mencari juadah untuk berbuka puasa, mahupun untuk makan malam mereka.

Untuk first entry Bulan Ramadhan ini, Foodtrekker ingin menjelajah ke sebuah Bazaar Ramadhan di Perak. Hmm di mana lagi kalau bukan di kampong halaman tercinta! Lokasi – Bazaar Ramadhan Tapah, Perak. Kesempatan pulang ke kampong halaman dipenuhi dengan kunjungan ke Bazaar Ramadhan yang terletak betul-betul di Pekan Tapah, Perak, berhadapan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Tapah. Sekali pandang, Bazaar Ramadhan ini tidaklah sehebat di tempat-tempat lain terutamnya di Kuala Lumpur, tapi sudah pasti ada keistimewaannya. Sebenarnya agak lama foodtrekker tidak mengunjungi Bazaar Ramadhan di sini. Kali terakhir kalau tidak silap adalah pada tahun 2007. Selebihnya, tak tahulah kenapa minat berkunjung ke Bazaar Ramadhan tidak timbul. Mungkin sebab di rumah ibu sudah memasak pelbagai juadah berbuka puasa yang menyelerakan. Itu salah satu daripada faktornya.

Berbalaik dengan Bazaar Ramadhan di Tapah ini, rata-rata peniaga menjual makanan seperti kuih muih, murtabak, roti John, dan sebagainya yang sama seperti di tempat-tempat  lain. Tapi yang paling menarik perhatian adalah gerai AYAM GOLEK. Hush bile tengok ayam-ayam tu tergolek-golek di atas para pembakar, memang kecur air liur dibuatnya. Tapi apa yang menjadi focus utama adalah harganya yang agak tinggi, iaitu RM 17 seekor dan RM 9 untuk sebelah ayam. Hmmm kalau nak beli hari-hari boleh pokai jugak la. Boleh lari bajet Raya! Kalau nak diikutkan, harga seekor ayam di pasaran ketika ini adalah dalam lingkungan 6-8 ringgit. Tapi bila dah jadi ayam golek harganya boleh jadi double??? Hmm rempah apalah agaknya yang digunakan untuk menggolek ayam tu yer? Nanti try la tanya pada pakcik penjual ayam golek itu.

Ada lagi yang menarik dijual di sini iaitu AIR KELAPA LEMON. Huhuh ni memang first time Foodtrekker jumpa. Selama hidup tak pernah lagi rasa air tu. Jadi, alang-alang dah depan mata, beli la. Memang sedap. Rasanya kat KL tak pernah jumpa lagi. Kat mana yer nak cari?

Dan selebihnya, Bazaar Ramadhan di Tapah ni sama saja seperti di tempat-tempat lain dari segi makanan yang dijual. Ada sesiapa yang tahu tempat Bazaar Ramadhan yang best? Silalah war-warkan. Boleh la foodtrekker pergi serbu sementara bulan Ramadhan masih ada.

JOM MAKAN!Ayam Golek

Ayam Golek 2sateyayam 3

LAGI KISAH RAMADHAN DI SINI

E62E5C9B901D8A50B59CBF6EB159A845

Nabil Tom Yam dan Kolam Air Panas Gadek

Hujung minggu lalu, seorang teman mengajak aku beriadah..Dah lama tak bersukan katanya. Aku pun setuju aja lah, dia pon dah booked court tennis kat Bangi. Set jam 6.00 petang aku janji nak jumpa di Bangi. Ada pulak sorang member aku lagi yang nak join sama. Ok la, kalau lagi ramai lagi best! Petang tu aku, dan dua orang kawan aku main tenis sampai pukul 7.30 malam. Huh lama tak main, sengal-sengal pulak rasa badan.

Lepas magrib, aku lepak di restoran kawan aku yang tinggal kat bangi tu. Nama kedai dia “NABIL TOMYAM”.Merasalah makan tom yam dan sup tulang kat sana! Sedap masakan tukan masak kedai kawan aku tu. Sesiapa yang rajin pergi Bangi tu, singgah la kedai makan kawan aku yer…jangan lupa, ‘NABIL TOMYAM’. Kalau tengok nama pun dah tau, masakan utama kedai dia tu adalah tom yam!!! Yum..yum…sedap!

Lepas makan, rasa bosan pulak. Malam masih muda.Malam mingu pulak tuh! Pikir-punya pikir, akhirnya kami bertiga sepakat untuk ke Kolam Air Panas Gadek! Kat mana tuh? Bagi sesiapa yang tak pernah pergi (macam aku) mesti lost, tak tau kat mana Kolam Air Panas Gadek tu. Ia terletak di Alor Gajah, Melaka. Perjalanan dari Bangi ke hanya 1 jam. Tak la jauh mana. Kami bertolak jam 9.00 malam. dan sampai di Kolam Air Panas Kolam Air Panas GadekGadek jam 10.00 malam. Aku memang tak pernah ke situ, kawan aku sorang lagi tu pon tak pernah pergi jugak. Sampai je kat sana, huh terkejut kami dibuatnya, bukan main ramai pengunjung di Kolam Air Panas tu, segenap lapisan masyarakat ada. Melayu, Cina, India… tua, muda…miskin, kaya semua berkumpul sambil berendam di situ.Hmm tempat yang best jugak kalo nak cuci mata!! ahahhaha.

Bayaran masuk hanya RM4, ok la tu..tak mahal pon, boleh masuk 15 kali! hehehe. Kolam Air Panas Gadek ni terdiri daripada beberapa buah kolam yang telah diubahsuai cantik dan terdapat beberapa buah pondok untuk para pengunjung bersantai. kira selesa jugalah tempat tu. Bagi sesiapa yang tak pernah pergi ke Kolam Air Panas Gadek, senang je nak ke sana. Ikut PLUS Highway, keluar ke susur Alor Gajah. Ikut je signboard Kolam Air Panas Gadek. Gerenti jumpa. Kebanyak pengunjung, akan ke sana di waktu malam, al maklumlah cuaca sejuk ditambah pulak berendam dalam air panas, huh best!! Best!. Malam tu kami lepak kat sana sampai pukul 1.00 pagi sebelum balik ke Kuala Lumpur. Hmm memang satu pengalaman yang best . Selalunya, aku ni memang jenis tak suka plan sesuatu progam awal-awal. Takut tak jadi. Memang plan last minit yang selalu jadi… hahahah sapa mau join plan last minit aku??? Angkat tangan!! heheheh tunggu jelah apa plan seterusnya..!

PEACE!

3

Sampai dah tol Alor Gajah.

Menelan Western di Restoran Sharifah ~ Bangi

Foodtrekker kali ni menerjah pula ke kawasan sebelah selatan Kuala Lumpur. Takda la jauh sangat pon, dekat saja iaitu Bangi. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja melalui Lebuhraya PLUS. Kalau dari area Puchong pula, lebih kurang 20 minit. Dari tempat lain, aku tak reti nak agak…heheh pandai-pandai sendiri la yer.

Sebenarnya dah lama tak menerjah Bangi. Kebetulan pula hari tu Incik Inertz sekali lagi menghubungi aku mengajak aku berjumpa dengan seorang lagi rakan kami yang dah lama giler aku tak jumpe iaitu Incik Sawi. Hikhikhik bunyi sayur-sayuran pulak!!! Kena lah dengan tubuhnya yang ‘langsing’ satu ketika dulu. Wakakaka.

OK straight to the point, lokasi kali ini adalah Restoran Sharifah yang terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Sebenarnya aku tak berapa tahu sangat jalan ke situ sebab Incik Sawi yang menjadi pemandu arah dan kebetulan pada masa itu kami melalui jalan-jalan kampung. [Kengkononnya shortcut la].

Fokus kali ini adalah untuk pekena Western Food dan semua diwajibkan makan Western Food sahaja. Cuma pengecualian kepada minuman ler hehehe sebab aku tak tau nak minum apa kalau Western...Cappuchino ker??? hhahahaha tak larat nak telan menda tu ngan Western food.

Hidangan yang dipesan oleh kami ialah, Incik Inerzt meng order Chicken Chop With Brown Sauce, Incik Janggel meng order Chicken Chop With Blackpaper Sauce dan Incik Sawi yang ‘diet’ katanyer meng order Fillet Fish with Mayonis. Bagi menu minuman pula, kami bertiga sepakat untuk menghirup kesegaran Lai Ci Kang! [Adoi tetiber teringat kat entry Laici Kang dulu (",)].

Apa lagi, bile pesanan semua dah teridang atas meja, masing-masing pon melantak la dengan penuh sopan. Apa yang menariknya di Restoran Sharipah ni, susana nya sangat convenient dan yang uniknya sangat Islamik. Kalau nak tau pegi la cuba.

Harga makanan pulak sangat berpatutan. Tak la mahal pon sebab Chicken chop pun harga tak sampai RM 10, tak ke Murah tu!!!!

Ok setakat ini saja entry makan-makan kali ini. Banyak lagi tempat nak explore ni! Foodtrekker akan menjalankan tugas!! Tunggu….

Blurkkkkkk ! Alhamdulillah.~4336_1165093288729_1269785775_30460556_6105689_n

Ni la LaiCi Kang yang kami pilih..sedap gak~4336_1165093368731_1269785775_30460558_3740195_n

Ni Milikku ~ Chicken Chop with Blackpaper Sauce4336_1165093408732_1269785775_30460559_7033066_n

Ni pulak milik Incik Sawi~ Fillet Fish with Mayo!4336_1165093328730_1269785775_30460557_294981_n

Dan ini milik Incik Inertz~ Chicken Chop wit Brown Sauce.

E62E5C9B901D8A50B59CBF6EB159A845

Aiman Juara Sup Herba- Petaling Jaya

Ada siapa-siapa yang teringin nak makan Sup Gear Box? Hmmm aku mendapat sms berbunyi “Jom makan sup gear box” dari seorang rakan yang telah lama dikenali tapi jarang berjumpa. Sebenarnya aku memang tak pernah langsung rasa sup gearbox ni. Sebelum ni agak-agak je, sudah tentulah rasanya sama macam sup-sup yang ada di Malaysia ni, sup tulang la, sup daging batang pinang la, sup ekor la. Jadi untuk mensahihkan kegusaran itu, aku pon pergilah menjemput teman yang bernama Inertz ni.

Dari Subang Jaya, ke Petaling Jaya. Tak la jauh sangat, hanya merentasi Lebuhraya Persekutuan sehinggalah ke Pantai Dalam. Di situlah terletaknya sebuah gerai yang sebetolnya agak popular dikalangan penduduk setempat. Mungkin juga dikalangan pelajar-pelajar Universiti Malaya memandangkan kedudukannya yang tidak berrapa jauh dari kawasan itu.

Nama gerai adalah Aiman Juara Sup Herba. Wah, dengar nama saja dah membayangkan kehebatan makanan yang bakal disajikan. Gerai ini terletak di tepi jalan di area Pantai Dalam menuju ke Pantai Hill Park. Senang saja nak mencarinya. Tapi bagi sesiapa yang bawa kereta tu, agak sukar untuk meletakkan kenderaan kerana kawasan jalan di situ agak sibuk. So pandai-pandailah nak parking kat mana yer. Alahai parking jauh sikit pon tak apa, boleh eksesais sikit!.

Malam tu, kami order sudah tentunya Sup Gearbox untuk dua orang makan, telur dadar, kailan ikan masin dan sambal belacan. Wakakakaka sangat sedap dan sesuai kan kombinasi makanan itu? Secara keseluruhannya, makanan di sini memang best dan boleh tahan la sedapnya. Harga juga amat berpatutan. Bagi sesiapa yang teringin nak try makan sup gearbox kat kedai Aiman Juara Sup Herba, bolehlah ertandang di gerai ini. Rasanya dia bukak hampir 24 jam. Sebabnyer, bile aku lalu je kat area tu, kedai tu mesti bukak tak kira masa. hehehehe.

So apa lagi? Foodtrekker akan kembali lagi dengan lebih banyak tempat yang menarik….Jom Makan!

1ded3f13bc1b2d5c4dadd5ca9ac6c14d

Food in Malaysia

What is Malaysian Food?

What is Malaysian Food?
Malaysian Food is not one particular distinction of food but a culinary diversity originating from it’s multi-ethnic population of Malay, Indian, Eurasian, Chinese, Nyonya and the Indigenous peoples of Borneo.  A brief look into the past and how this multi-ethnic country came to be, is essential in order to comprehend how such a cosmic array of food, has now come to be known all over the world as ‘Malaysian Food’. Presented here are some of the various delicious and popular dishes from this rainbow of gastronomic spectrum, with pictures and detailed recipes, from each unique ethnic kitchen. 
 

  Where is Malaysia?Where is Malaysia?             Malaysia is in Southeast Asia. Geographic coordinates: 2 30 N, 112 30 E. The size of Malaysia is slightly larger than the state of New Mexico, USA. Malaysia consists of two parts: West Malaysia, also called Peninsular Malaysia or Malaya; and East Malaysia. The two parts are 403 miles [650km] apart and are separated by the South China Sea.

West Malaysia is bordered on the north by Thailand, on the east by the South China Sea, on the south by Singapore [separated by the narrow Johore Straits], and on the west by the Straits of Malacca and the Andaman Sea. There are 11 states and two federal territories in West Malaysia.

East Malaysia is bordered on the north by the South China Sea and the Sulu Sea, on the east by the Celebes Sea, and on the south and west by Kalimantan – the Indonesian part of Borneo. There are 2 states and one federal territory in East Malaysia. Along the coast within Sarawak is the independent nation of Brunei.

Malaysian Food

Malaysia has many kinds of restaurants almost everywhere in the cities and towns. There are Malay Restaurants, Chinese restaurants, Indian Restaurants, Thai Restaurants and more. Eating out in Malaysia is a real gastronomic adventure. There is such a great variety; spicy Malay Food, a seemingly endless variety of Chinese food, exotic cuisine from North and South India, as well as Nyonya and Portuguese Food. Popular Malaysian dishes include satay, nasi lemak, rendang, roti canai, murtabak, laksa, chicken rice, and fried noodles. Western cuisine is also easily available. In addition, international fast food chains operate in major towns side by side with thousands of road side stalls and food bazaars.

• Malay Food
The traditional culinary style has been greatly influenced by the long-ago traders from neighboring countries. Malay food is often described as spicy and flavorful…
malay food

• Chinese Food
Steamed seafood dumplings with shark’s fin, steamed soft noodles with shrimps, steamed crabsticks stuffed with fish paste, deep-fried dumplings with salted eggs and red bean paste…
chinese food

• Indian Food
Spices are the heart and soul of Indian cooking…
indian food

• Hawker Food
Hawkers selling food, fruits or drinks in push-carts or mobile stalls are a common sight around the country, especially on Penang Island…
hawker food

• Nyonya Food
Nyonya food, also referred to as Straits Chinese food or Lauk Embok Embok, is an interesting amalgamation of Chinese and Malay dishes…
nyonya food

• Breakfast
The nasi lemak, which is rice cooked in coconut milk and flavored with cloves and pandan leaves, is an all time favorite…